Tq..

Sunday, January 17, 2010

[EPL] Liverpool terus suram, sekadar catat keputusan seri


LONDON - Hasrat Liverpool menukar musim yang suram dalam Liga Perdana England tidak menjadi selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Stoke di Stadium Britannia, semalam.

Jaringan pada babak kedua daripada Sotirios Kyrgiakos sedikit melegakan tekanan ke atas Liverpool dan pengurusnya yang semakin panas dengan kritikan, Rafael Benitez.
Namun, kedudukan itu tidak lama, apabila Stoke memperoleh gol penyamaan pada minit ke-90.
Benitez sebelum ini dikritik hebat, malah penyokong Liverpool sendiri mendesak pemilik kelab menyingkirkan pengurus itu selepas membawa The Reds ke musim yang hambar, malah tersingkir daripada Piala FA selepas tewas kepada Reading, beberapa hari lalu.
Kelemahan barisan benteng Liverpool semakin terbukti selepas pemain Stoke, Huth bingkas menyumbat gol penyamaan selepa pelawat gagal mengeluarkan bola daripada tendangan sudut.
Paling mengecewakan penyokong Liverpool ialah beberapa peluang keemasan yang terlepas begitu sahaja terutama tandukan Dirk Kuyt yang menyaksikan bola melepasi palang dalam masa kecederaan.
Keputusan seri itu meletakkan Liverpool pada kedudukan ketujuh liga, empat mata di belakang pasukan tangga keempat, Manchester City yang akan menentang Everton di Goodison Park, selepas ini. - AFP


Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment