Tq..

Tuesday, January 12, 2010

[EPL] Hatrik Tevez Benam Blackburn Rovers


Jaringan hatrik Carlos Tevez membantu melonjakkan Manchester City di tangga keempat Liga Perdana England apabila menundukkan Blackburn Rovers 4-1 di Eastlands di sini semalam.


Keputusan tersebut membolehkan City mengekalkan rekod empat kemenangan berturut-turut di bawah pengurus Roberto Mancini dari Itali walaupun mereka melepaskan gol pertama di bawah bekas pengurus Inter Milan itu apabila Morten Gamst Pedersen menjaringkan gol untuk Rovers menjadikan kedudukan 3-1.


Bagaimana pun perlawanan tersebut menjadi milik Tevez dari Argentina yang bermain cemerlang untuk meledakkan 11 gol dalam sembilan perlawanan.


Bekas pemain Manchester United itu membuka jaringan pada minit ketujuh dan selepas jaringan cantik Micah Richards untuk gol kedua, Tevez meledakkan dua gol termasuk satu jaringan pada saat akhir perlawanan untuk kemenangan City.


City kini hanya ketinggalan tujuh mata berbanding pendahulu liga Chelsea dan kelab yang membuat perbelanjaan besar hasil sokongan jutawan Abu Dhabi, Sheikh Mansour itu kini semakin bermegah untuk menjuarai liga musim ini.


Team Line-up:

City: Given; Garrido, Kompany, Richards, Zabaleta; Bellamy (Robinho 69), Barry, De Jong, Petrov (Boyata 87); Tevez, Mwaruwari (Santa Cruz 81)

Blackburn: Robinson; Givet, Nelson, Samba, Jacobsen; Pedersen, Nzonzi, Andrews (Hoilett 45), Emerton; Dunn (Olsson 66); Di Santo (Kalinic 45)



Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment