Tq..

Tuesday, January 12, 2010

[EPL] Benitez sedia lelong barisan bintang Liverpool



LONDON - Pengurus Rafael Benitez mengakui, beliau mungkin tidak berdaya untuk menghalang daripada menjual pemain-pemain bintang Liverpool.
Buat kali pertama, Benitez mendedahkan, Fernando Torres, Steven Gerrard (gambar),  Javier Mascherano dan Pepe Reina mungkin terpaksa 'dikorbankan' jika The Reds gagal menjamin tangga keempat Liga Perdana England musim ini.
Pengurus dari Sepanyol itu memberitahu, beliau tidak mampu menolak tawaran lumayan ke atas mana-mana pemain bintangnya tanpa persetujuan pemilik kelab, Tom Hicks dan George Gillett.
"Masa depan Liverpool kini bergantung sama ada kami mampu memenangi slot kelayakan Liga Juara-Juara musim depan atau tidak," kata Beni- tez.
"Namun, jika ada kelab yang datang dan membuat tawaran lumayan ke atas seseorang pemain, maka semua tindakan selepas ini akan di- buat demi kebaikan Liverpool.
"Saya tidak mahu jual pemain bintang kami. Kami telah berusaha menyambung kontrak mereka kerana kami mahu kekalkan dan perkuatkan skuad ini.
"Apa yang saya boleh katakan ialah saya mahu mengekalkan pemain terbaik kami."
Torres dan Gerrard adalah antara dua pemain termahal dunia dan Manchester City sanggup berbelanja lebih £100 juta (RM541 juta) untuk membawa mereka ke Eastlands. - Agensi

No comments:

Post a Comment