Tq..

Sunday, January 17, 2010

[MSL] Keputusan Perlawanan Malam Semalam



KUALA LUMPUR -- Jaringan tunggal Hardi Jaafar memastikan Selangor kekal menguasai carta persaingan bola sepak Liga Super musim 2010 setelah mereka menumpaskan KL PLUS 1-0 di Stadium Petaling Jaya, semalam.
Menerima sepakan sudut, pemain tengah itu melepaskan rembatan kencang kaki kanan dari luar kotak penalti yang turut mengenai seorang pemain lawan sebelum menerjah gol pada minit ke-67.
Terengganu pula melonjak ke tangga kedua liga dengan merampasnya daripada Kelantan dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Pesta jaringan menerusi Firdaus Fauzi pada minit ke-57, Ashaari Shamsuddin (61), Joseph Kallang Tie (81) dan Manaf Mamat (92), membolehkan anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu mengumpul tujuh mata liga.
Johor FC turut mengekori rapat di tangga ketiga selepas menumbangkan Kedah 1-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar hasil sepakan Mohammad Khairul dari luar kotak penalti pada masa kecederaan babak kedua.
Dua gol Shahrizan Salleh pada minit ke-85 dan 92, pula membolehkan Pahang melonjak ke tangga keempat hasil kemenangan tipis 2-1 ke atas T-Team di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Pelawat bagaimanapun sempat mengejutkan tuan rumah pada minit ke-18 dengan jaringan Hazrul Hazran yang mendapat umpanan lambung Abdul Hadi Yahya.
Perlis mengecewakan Kelantan apabila mengikat Wira Merah seri tanpa jaringan sekali gus menurunkan kedudukan pelawat dari tangga kedua di Stadium Utama Negeri, Kangar.
Juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan pula masih kempunan kemenangan sulung musim ini apabila diikat Kuala Lumpur tanpa jaringan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Sementara itu, Perak menumpaskan Johor 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru hasil jaringan Syazwan Roslan dan Razali Umar Kandasamy pada mint ke-89 dan 90.


Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment