Tq..

Monday, January 11, 2010

[MSL] Negeri Sembilan janji bangkit


Malah, kecundang di gelanggang sendiri di hadapan ribuan penyokong setia, penyandang juara Piala Malaysia itu tidak sesekali patah semangat, malah ia dijadikan sebagai satu pengajaran berguna buat pasukan itu.
Wan Jamak ketika dihubungi berkata, kekalahan kepada Selangor yang lebih berpengalaman itu akan dijadikan perangsang dan pengalaman berguna untuk anak-anak buahnya dalam mengharungi musim ini.
“Sungguhpun kami mengusai sebahagian besar perlawanan tetapi jelas pengalaman membezakan antara kami dengan para pemain Selangor.
“Bagaimanapun, saya bangga dengan aksi para pemain yang berjuang habis-habisan dan saya berharap agar semangat juang yang dipamerkan dapat ditampilkan dalam setiap perlawanan nanti,” katanya.
Pada perlawanan pembukaan Liga Malaysia itu, Negeri Sembilan yang juga juara Piala Malaysia musim lalu tumpas biarpun berjaya mendahului Selangor pada babak pertama melalui tandukan Idris Karim minit ke-27.
Bagaimanapun, Selangor bangkit menerusi Mohd. Safee Sali yang menjaringkan gol penyamaan Selangor pada minit ke-76 selepas menolak hantaran D. Surenderan sebelum R. Surenderan memusnah impian skuad Negeri Sembilan ketika permainan berbaki tiga minit.
Apa pun Wan Jamak juga mengakui, ketumpulan jentera serangan dilihat punca utama skuad bimbingannya kecundang walaupun mempunyai lebih banyak peluang di hadapan gawang berbanding Selangor.
“Sekiranya kami memanfaatkan peluang yang terhidang dan berjaya menjaringkan gol kedua saya yakin kemungkinan keputusan perlawanan ini akan berubah.
“Namun, saya mahu para pemain melupakan kekecewaan ini dan berusaha lebih keras lagi untuk membaiki setiap kelemahan,” ujarnya.




Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment