Tq..

Wednesday, January 13, 2010

[MSL] Update!!



Dua jaringan R. Surendren di Stadium Shah Alam membantu menjulang juara bertahan, Selangor sebagai peneraju baru carta bola sepak Liga Super musim 2010 dengan menewaskan Kuala Lumpur 4-1, semalam.
Golnya pada minit ke-78 dan 89 di samping masing-masing satu daripada tandukan Safee Sali (35) dan sepakan lambung ketua pasukan Amri Yahyah (59) menjadikan Merah Kuning unggul dengan enam mata liga.
Skuad bimbingan K. Devan yang masih segar dengan kejayaan mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah dengan menumpaskan Negeri Sembilan 2-1, Sabtu lalu, bagaimanapun dikejutkan jaringan pemain lawan, Yong Kuong Yong.
Ketika perlawanan jiran Lembah Klang itu baru berusia enam minit, dia menanduk masuk hasil sepakan sudut Azwan Abd. Malek untuk meletakkan skuad Helang bimbingan Razip Ismail di depan selama setengah jam.
Dengan pendahulu sebelum ini, Kedah hanya akan bermain hari ini, Terengganu turut melonjak mengekori Selangor di tangga kedua setelah menundukkan Perak 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.
Dua jaringan Ashaari Shamsudin dan Mohd. Firdaus pada minit ke-15 dan 76 serta 49 memastikan pasukan Penyu mengumpul empat mata liga setakat ini manakala gol Perak dijaringkan Saufi Saadi (57).
T-Team pula diikat KL PLUS tanpa jaringan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sekali gus menyekat hajat pelawat untuk mengintai tempat teratas liga malah menurunkannya ke tangga ketiga.
Di Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang bangkit meraih mata dan kemenangan sulung dengan menumpaskan Pahang 2-1 hasil jaringan Mohd. Failee Mohd. Ghazali, minit kedua dan Naim Nasser Khan (62).
Tok Gajah yang diterajui Dollah Salleh, sempat menyamakan kedudukan pada minit ketiga menerusi R. Surendran namun kehilangan pertahanannya, Yosri Derma Raju kerana dibuang padang minit ke-54.

No comments:

Post a Comment