Tq..
Monday, January 11, 2010
[EPL] - January Transfer Gosip
Hari ini sudah 11 hari kita di dalam bulan Januari.. Namun begitu saingan EPL agak hambar pada awal bulan ini kerana terpaksa menyaksikan banyak perlawanan terpaksa di tangguhkan akibat keadaan bersalji yang melanda hampir seluruh England.. Kebiasaannya pasukan2 EPL agak jarang berbelanja besar masa musim perpindahan bulan Januari.. Ini kerana kebanyakan pasukan tidak maha mengambil risiko kehilangan pemain dan rentak jikalau mereka membeli atau menjual pemain mereka.. Namum begitu, gosip perpindahan tidak dapat lari apabila musim perpindahan kembali di buka.. Berikut adalah gosip perpindahan pasukan2 di dalam EPL :
Arsenal:
-Sol Campbell(in - free)
-Philleppe Senderos(out)
Liverpool
- Maxi Rodriguez (in - Atl. Madrid)
- Andrea Dossena (out - Napoli)
- Andrey Voronin (out - Dinamo Moscow)
Manc. City
- Patrick Viera (in - Inter Milan)
**akan di update kembali...
[MSL] Kemenangan bakar semangat Kedah
ALOR SETAR - Meskipun masih terlalu awal untuk mengukur kekuatan pasukan bola sepak Kedah pada musim ini, namun kemenangan 3-0 ke atas Johor, kelmarin memberi amaran bahawa cabaran Sang Kenari tidak harus dipandang mudah.
Kemenangan bergaya dalam aksi sulung Liga Super itu menghadirkan keyakinan kepada penyokong Hijau Kuning bahawa sentuhan ketua jurulatih yang baru, Ahmad Yusof mungkin mampu mengembalikan kejayaan bagi pasukan yang pernah bergelar juara treble berganda itu.
Kehadiran penyerang Mohd. Azlan Ismail turut dilihat berupaya memperkemaskan bahagian depan skuad Sang Kenari yang pada musim lalu sering kali dihantui dengan masalah ketumpulan jentera serangan.
Ahmad bagaimanapun enggan pasukannya hanyut dibuai kemenangan sulung berkenaan kerana menyedari saingan Liga Malaysia 2010 baru bermula dan perjalanan Hijau Kuning untuk mengulangi kejayaan seperti yang dikecapi pada musim 2007 dan 2008 masih panjang.
Sambil mengakui pembukaan musim 2010 bagi Kedah berjalan seperti yang diharapkan, ketua jurulatih berusia 49 tahun itu melihat masih ada ruang yang perlu diperbaiki oleh anak buahnya jika mahu mencabar sebarang kejuaraan musim ini.
"Kita mempunyai sasaran sendiri dan menyedari saingan liga pasti lebih getir pada musim ini. Apa yang Kedah mahu lakukan ialah mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Pada perlawanan di Stadium Larkin, kelmarin Mohd. Azlan muncul wira Kedah apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-32, 80 dan 86 untuk meletakkan pasukannya sebagai pendahulu dalam perlawanan pembukaan musim baru.
Mengulas mengenai perlawanan itu, Ahmad berpuas hati kerana anak buahnya berjaya memanfaatkan peluang gol untuk membenam pendatang baru Liga Super tersebut.
"Saya melihat perlawanan itu adalah seimbang. Cuma apabila kita mendapat peluang, kita berjaya menjaringkan gol.
"Kem Kedah perlu bersyukur dengan kemenangan ini kerana permulaan yang kita rancang dan harap menjadi kenyataan," katanya.
Sang Kenari akan menentang naib juara Liga Super musim lalu, Perlis di Stadium Darul Aman, Rabu ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)






